Feb 23, 2009

Cinta jarak jauh ke jinjang pelamin


NURSULHI dan Kartini selepas majlis pernikahan mereka di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Penyampai radio Hot FM, Kartini Kamalul Arifin, 31, atau lebih dikenali sebagai Tini, selamat diijabkabulkan bersama pasangannya Nursulhi Jasmin, 29, di Dewan Perdana Felda semalam.

Pernikahan itu detik manis hasil percintaan mereka sejak dua tahun lalu dengan mereka membuat temu janji pertama sebulan sebelum Tini melanjutkan pelajaran ke United Kingdom pada 2006.

Pasangan pengantin itu kelihatan secocok dan anggun dengan memakai baju berwarna kelabu cair ketika upacara akad nikah yang disempurnakan oleh Imam Masjid Pulapol, Haji Rahimi Abdul Rajab.

Dengan dua kali lafaz, Nursulhi yang juga Pengurus Acara di stesen yang sama, sah menjadi suami Tini yang menerima mas kahwin RM80 berserta wang hantaran RM10,000.

Rombongan lelaki membawa sebelas dulang hantaran yang digubah cukup menarik dengan dibalas 13 dulang oleh pihak pengantin perempuan.

Sejurus selesai majlis akad nikah itu, Tini bersyukur semuanya berjalan lancar dan sudah bersedia menjadi isteri.

No comments: