Feb 24, 2009

Roslin fail permohonan sahkan lafaz cerai


GAMBAR perkahwinan Roslin dan pasangannya Faizah di Puchong baru-baru ini.


KUALA LUMPUR - Pemain badminton negara, Muhd. Roslin Hashim yang sebelum ini mendakwa telah menceraikan isterinya 12 hari selepas berkahwin memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Permohonan itu difailkan peguam syarie, Rosnizam Rahim menerusi Tetuan Nailah Ramli & Partners pada pukul 2 petang. Roslin, 34, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah.

Permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut dibuat mengikut Seksyen 55(a) Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Roslin memfailkan permohonan berikutan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat terhadap Faizah Mohamad, 32, pukul 10.50 malam, 11 Februari lalu, hanya 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari.

Dakwa jaguh veteran negara itu, lafaz cerai talak satu tersebut dibuat atas kerelaannya sendiri di hadapan mertua di rumah mereka di Puchong.

Roslin berkata, setelah tiga hari berkahwin, dia berasakan tiada keserasian dan persefahaman selain mendakwa dia tidak dihormati isterinya itu.

Dakwanya lagi, walaupun telah diberi peluang selama seminggu, isterinya tetap tidak mahu berubah.

No comments: