Dec 20, 2008

Galeri foto majlis akad nikah Mawi-Ekin 2

Rombongan Mawi selamat tiba di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Telatah Mawi yang tetap sempoi dan tersenyum girang di hari bahagianya.
Rombongan Ekin diarak masuk....Ekin kelihatan sungguh anggun dengan busana rekaan Putra dari Cosry Butik. Potongan kebaya ala jubah memang sesuai untuk tubuh langsing Ekin.
Mawi dan Ekin ketika sesi soal jawab, sebaik selesai akad nikah. Mawi pinta jangan lagi disebar fitnah kepada isterinya.
Mawi menyarungkan cincin di jari manis Ekin. Aksi ini terpaksa diulang beberapa kali atas permintaan jurugambar.
Bak adegan dalam filem Bollywood, Mawi berpimpinan tangan dengan isteri tersayang Ekin untuk menemui keluarga tersayang memohon restu.
Anak dan ibu sebak menitiskan air mata kegembiraan. Apalah agaknya yang mengharukan kedua beranak ini?
Mawi dan Ekin memberi pose istimewa bersama cincin kahwin mereka.
Tenang dan langsung tidak gugup....hanya sekali lafaz, Mawi menjadi suami Ekin.
Jarang pengantin lelaki melakukan ini....Mawi melakukan sujud syukur selepas diijab kabulkan.
Ketibaan pengantin perempuan disambut meriah oleh hadirin.
Ekin melambai-lambai gembira kepada peminat-peminat Mawi. Ekin kelihatan sungguh jelita dan berseri-seri.

No comments: