Dec 20, 2008

Galeri foto majlis akad nikah Mawi-Ekin. Oleh NURUL AIN HUSSAIN

Penuh adat istiadat orang Melayu. Hantaran sebelah Ekin berwarna merah jambu dibawa masuk ke dalam masjid.
Hantaran berwarna hijau muda pilihan pihak lelaki. Bunga melur dan anyaman berupa daun palas melambangkan si pemberi berasal dari Jawa.
Jenama Gucci menjadi pilihan kedua pengantin. Gubahan dianyam cantik dan terselit unsur Jawa untuk melambangkan si suami berketurunan Jawa.
Hantaran yang diberi oleh kedua pengantin unik dan menarik. Merah jambu dan hijau muda warna pilihan.
Lambaian dari kedua pengantin baru. Bermulalah episod baru dalam kamus hidup Mawi-Ekin sebagai suami dan isteri.
Kucupan pertama dari seorang suami. Pihak media tidak ketinggalan mengusik Mawi dan Ekin ketika foto dirakamkan.
Hanya sekali lafaz sahaja Mawi sah menjadi suami Ekin.
Mawi-Ekin begitu teruja di majlis perkahwinan mereka.
Cantik tak cincin nikah kami? Mawi-Ekin akan melayari bahtera yang baru dibina. Kedua pengantin mengharapkan doa restu dari peminat mereka.
Sah bergelar isteri. Ekin mengucup tangan suami penuh hormat.
Raja Sehari meninggalkan perkarangan masjid diiringi rombongan dari kedua belah pihak.
Pelamin indah yang direka oleh Nas memang nampak begitu unik dan menarik sekali.

Detik-detik yang mendebarkan bagi pasangan pengantin Mawi-Ekin telahpun berlalu.

Tentunya orang yang paling gembira di saat ini kerana segala yang dirancang berjalan lancar ialah wedding planner Nas Andika.

Nas merupakan penggubah hantaran kedua mempelai - 9 daripada pihak Mawi dan 11 hantaran dari pihak Ekin dan juga pelamin.

Hantaran dari Ekin - kasut warna biru laut jenama Gucci untuk suami tersayang.
Unik sekali hantaran yang digubah oleh Nas. Ini adalah hantaran dari Mawi untuk Ekin.
Hantaran berwarna merah jambu pilihan Ekin diberi sentuhan kreatif oleh wedding planner Nas.
Seputih salju kek pemberian dari Ekin. Warna kelopak mawar merah jambu menaikkan lagi seri kek ini.

Selain hantaran, tuan punya butik andaman Nas Great Idea, telah ditugaskan membuat pelamin persandingan untuk majlis malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru (MBJB) dan Hotel Palace of Golden Horses pada 11 Januari 2009.

Elemen Jawa diambil kira dan sentuhan Nas dapat dilihat majlis resepsi kedua pengantin ini nanti.

Bagi pelamin persandingan di MBJB, Nas mendapat ilham untuk memberikan konsep bingkai-bingkai gambar yang besar disulami jambangan bunga ros yang cantik bersama chandelier.

Sementara tema Arab pula menjadi inspirasi bagi persandingan Mawi-Ekin di Hotel Palace of Golden Horses.

No comments: