Dec 1, 2008

Jalan buntu Seri Bayu-Erema


Seri Bayu merenung isterinya, Erema meninggalkan pekarangan Mahkamah Syariah Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Penulis lirik popular, Seri Bayu mendakwa pernah dipukul dan dilempang isterinya, Erema selain dikurung dalam bilik air sehingga jiran berdekatan mendengar tangisan beliau.

Menurut Seri Bayu atau nama sebenarnya, Jamaluddin Sulik, 43, kejadian itu berlaku banyak kali dan kali terakhir Erema memukulnya ialah pada pukul 3.50 pagi, 25 November lalu.

Beliau menceritakan mengenai perbuatan isterinya itu ketika ditemui di luar mahkamah selepas selesai prosiding tuntutan permohonan cerai oleh Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 25, di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Ghazali Ahmad, semalam.

Terdahulu ketika prosiding, Ghazali bertanya pada Seri Bayu sama ada dia ada menerima saman dan penyata tuntutan penceraian yang difailkan isterinya dan adakah dia bersetuju dengan penyata tuntutan tersebut.

Seri Bayu hanya menjawab beliau ada menerima saman itu tetapi tidak bersetuju dengan penceraian.

Ghazali kemudian menetapkan kes disebut semula pada 12 Januari serta menasihatkan kedua-dua pihak mendapatkan khidmat peguam dan mengarahkan pihak Seri Bayu selaku defendan memfailkan penyata pembelaan.

Erema yang tiba di mahkamah pada 9.20 pagi telah memfailkan tuntutan perceraian di mahkamah yang sama pada awal November lalu, manakala Seri Bayu tiba 8.50 pagi dengan berkerusi roda bersama keluarga angkatnya.

Ketika ditanya pemberita mengenai punca Erema meminta cerai, Seri Bayu memberitahu, sejak isterinya yang dinikahi pada 19 Disember 2006 bekerja sebagai penyanyi di kelab malam kira-kira sebulan lalu, dia sudah mula berubah sikap

No comments: