Detik-detik yang mendebarkan bagi pasangan pengantin Mawi-Ekin telahpun berlalu.
Tentunya orang yang paling gembira di saat ini kerana segala yang dirancang berjalan lancar ialah wedding planner Nas Andika.
Nas merupakan penggubah hantaran kedua mempelai - 9 daripada pihak Mawi dan 11 hantaran dari pihak Ekin dan juga pelamin.
Selain hantaran, tuan punya butik andaman Nas Great Idea, telah ditugaskan membuat pelamin persandingan untuk majlis malam ini di Stadium Tertutup Johor Bahru (MBJB) dan Hotel Palace of Golden Horses pada 11 Januari 2009.
Elemen Jawa diambil kira dan sentuhan Nas dapat dilihat majlis resepsi kedua pengantin ini nanti.
Bagi pelamin persandingan di MBJB, Nas mendapat ilham untuk memberikan konsep bingkai-bingkai gambar yang besar disulami jambangan bunga ros yang cantik bersama chandelier.
Sementara tema Arab pula menjadi inspirasi bagi persandingan Mawi-Ekin di Hotel Palace of Golden Horses.
No comments:
Post a Comment