|
KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kes penyanyi Dayang Zaira Erema Awang Moshdad atau Erema yang mengemukakan permohonan untuk bercerai dengan penulis lirik Seri Bayu ditangguhkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya sehingga 12 Januari tahun depan.
Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menangguhkan kes selepas menasihatkan agar Erema selaku plaintif dan Seri Bayu sebagai defendan melantik peguam untuk mewakili mereka.
Seri Bayu yang tidak bersetuju dengan permohonan Erema juga dinasihatkan oleh hakim supaya memfailkan pernyataan pembelaan sebelum prosiding akan datang.
Seri Bayu yang ditemani beberapa orang keluarga angkat ketika ditemui di luar mahkamah mendakwa sering ditampar dan ditendang oleh Erema selain di maki hamun.
Seri Bayu juga membawa beberapa keping gambar sebagai bukti kecederaannya dan bercadang untuk membuat laporan polis.
Erema pula yang terlewat menghadiri prosiding mahkamah kemudiannya memberitahu media yang Seri Bayu memang pandai memutar belitkan fakta. - Utusan
No comments:
Post a Comment